Monday, July 24, 2017

Dana Patuh Syariah Terbaik (PUBLIC MUTUAL)



Assalamua'laikum semua, lama saya tak berkongsikan informasi berkaitan unit amanah ni, so hari ni lain sikit perkongsian saya sebab nak fokuskan terus kepada Dana Patuh Syariah yang ditawarkan dibawah Public Mutual.

Dari Graf Prestasi Dana bagi tempoh 5 tahun diatas kita boleh lihat keuntungan yang boleh dijana dalam tempoh 5 tahun yang agak memberangsangkan iaitu jumlah keuntungan sebanyak 68.94%. Jika di convertkan kepada keuntungan tahunan atau anualised return, dana ini akan memberi keuntungan sekitar 10% setahun. 

Dana ini lebih menumpukan pada pelaburan pada saham-saham syarikat luar negara seperti Tancent Holding Ltd., Taiwan Semiconductor Manufacturing, China Mobile Ltd., Sunny Optical Technology dan banyak lagi syarikat-syarikat antarabangsa yang sedang berkembang pesat di dalam industri masing-masing. Kebanyakkan syarikat tersebut lebih tertumpu didalam bidang tecnogogy yang mana industri-industri ini memberi pulangan pelaburan yang konsisten dan tinggi saban tahun selari dengan peredaran ekonomi semasa didalam bidang teknologi yang sedang berkembang pesat.

Ramai yang membandingkan dengan dana-dana unit amanah dari syarikat pengurus dana lain yang mampu memberi  keuntungan yang lebih tinggi, namun begitu harus diingatkan bahawa apa yang dipaparkan adalah prestasi lepas. Prestasi lepas tidak mengambarkan prestasi akan datang. Jangan terlalu taksub dengan hanya melihat pada dana-dana yang mampu memberi pulangan pelaburan sehingga 15% hingga 20% setiap tahun kerana pada hasil pulangan yang ditunjukkan hanyalah prestasi yang lepas. Namun begitu prestasi yang lepaslah dijadikan sebgai garis panduan bagi pemilihan sesuatu dana, tetapi janganlah meletakkan pengharapan yang terlalu tinggi kepada pulangan pelaburan dana tersebut kerana keadaan ekonomi dunia sukar untuk diramal dan sentiasa berubah. Apa yang penting tetapkan matlamat pelaburan anda dahulu. Apa yang ingin anda capai?


No comments:

Post a Comment

5 Cara Mudah Untuk Melabur Dengan Selamat

Mengapa kita takut melabur? Mungkin 90% antara kita yang tak mahu melabur disebabkan takut rugi, sedangkan rugi adalah proses biasa yang h...