Pada hari ini, saya ingin kongsikan beberapa tips atau strategi yang boleh digunakan oleh para pelabur yang baru ingin berjinak-jinak menceburkan diri didalam pelaburan Skim Unit Amanah ini. Seperti mana yang telah saya maklumkan didalam perkongsian sebelum ini, Skim Unit Amanah ini bukanlah Skim Pelaburan Cepat Kaya yang hanya menjanjikan janji-janji palsu dengan menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada agen pelaburan yang tidak sah dan tidak tahu . Memang benar para pelabur akan mendapat keuntungan dengan cepat buat permulaannya, akan tetapi, risikonya dalam jangka masa pendek akan memakan diri kita sendiri. Akibatnya sendirilah tanggung.
Baiklah, disini saya kongsikan 7 tips yang boleh menjadikan matlamat kewangan anda dalam pelaburan Skim Unit Amanah ini tercapai.
1. Melabur dalam Tempoh masa yang Panjang,
Ramai orang yang tidak tahu bahawa sesuatu pelaburan itu ada matlamanya tersendiri dan memerlukan jangka masa yang panjang untuk mencapai matlamat kewangan yang diingini. Ini kerana setiap pelaburan ada risikonya dan ia lebih bersandarkan kepada keadaan ekonomi dan harga pasaran semasa. Oleh itu, sesuatu pelaburan yang baik memerlukan tempoh masa yang panjang untuk kita menjana pendapatan pasif hasil dari pelaburan kita tersebut. Bagi pelaburan didalam Skim Unit Amanah, tempoh masa yang dicadangkan adalah dalam tempoh jangka masa sederhana iaitu tempoh lima tahun keatas. Walaubagaimanapun, ada juga beberapa dana yang mampu memberi pulangan yang lumayan dalam tempoh jangka masa yang pendek. Tiada siapa mampu meramal hasil pulangan sesuatu dana pelaburan dengan tepat.
2. Ringgit Cost Averaging (RCA)
Lanjutan dari pelaburan jangka masa panjang diatas, jika digabungkan dengan teknik Ringgit Cost Averaging (RCA) ini, risiko turun naik harga sesuatu pelaburan tersebut akan dapat dikurangkan dengan pemurataan harga satu unit amanah iaitu dengan pembelian unit amanah pada harga satu unit amanah yang lebih murah daripada pembelian unit amanah secara lump sum dengan satu harga yang lebih tinggi.
Contohnya adalah seperti berikut :
Situasi 1
Ali melabur secara Lump Sum pada bulan 5 dengan nilai pelaburan RM 10000 didalam dana pelaburan XXX dengan pembelian satu unit amanah saham pada harga RM0.45. Maka, jumlah unit yang dipegang pada awal pelaburannya pada bulan 5 tersebut adalah sebanyak 22,222 unit.
Situasi 2
Abu pula melabur dengan jumlah yang sama iaitu RM10,000 didalam Dana pelaburan XXX, tetapi Abu menggunakan kaedah Ringgit Cost Averaging (RCA) dengan membahagikan jumlah pelaburannya tersebut kepada 5 bulan bermula pada bulan 1. Hasil dari penggunaan teknik RCA ini, Abu memegang unit pelaburan yang lebih daripada Ali iaitu sebanyak 35,973 dengan jumlah pelaburan yang sama pada bulan 5. Cara pengiraan pelaburan yang Abu guna adalah seperti berikut :
Tempoh Harga Seunit Jumla Pelaburan Jumlah Unit
Bulan 1 - RM 0.23 RM 2,000.00 8,696 unit
Bulan 2 - RM 0.30 RM 2,000.00 6,667 unit
Bulan 3 - RM 0.29 RM 2,000.00 6,896 unit
Bulan 4 - RM 0.25 RM 2,000.00 8,000 unit
Bulan 5 - RM 0.35 RM 2,000.00 5,714 unit
----------- -------------- ---------------- -------------
Jumlah RM 10,000.00 35,973 unit
Jumlah Kos Seunit = RM 10,000/ 35,973 = RM 0.28 (RCA)
Harga Seunit pada bulan 5 = RM0.35
Nilai Pelaburan Abu pada bulan 5 = 35,973 unit x RM 0.35 = RM12,590.00
Oleh itu, dalam bulan yang sama, Abu memperolehi keuntungan sebanyak RM 2,590.00 dalam tempoh pelaburan selama 5 bulan tersebut. Ali yang membuat pelaburan secara lump sum pula memerlukan tempoh pelaburan yang lebih lama untuk memperolehi keuntungan yang sama jika peningkatan pergerakan harga pasaran bagi satu unit dana tersebut lambat.
3. Pemilihan Fund (Dana)
Pemilihan dana yang terbaik juga merupakan salah satu faktor utama bagi menjamin pulangan pelaburan yang lebih lumayan dalam tempoh jangka masa yang panjang. Terdapat beberapa kriteria utama dalam pemilihan dana yang terbaik, antaranya adalah seperti berikut:
anda boleh melihat kepada rating yang diberikan oleh dua organisasi penganalisis dana pelaburan unit amanah terhadapa sesuatu pelaburan iaitu Morning Star dan Lipper Leaders. Masing-masing ada kelebihannya. Morning Star menggunakan bilangan Star dan Total Expenses Ratio sebagai petunjuk dana yang terbaik dengan bilangan Star yang paling banyak dan Total Expenses Ratio yang paling rendah dan kos pengurusan dana pelaburan.
anda boleh melihat kepada rating yang diberikan oleh dua organisasi penganalisis dana pelaburan unit amanah terhadapa sesuatu pelaburan iaitu Morning Star dan Lipper Leaders. Masing-masing ada kelebihannya. Morning Star menggunakan bilangan Star dan Total Expenses Ratio sebagai petunjuk dana yang terbaik dengan bilangan Star yang paling banyak dan Total Expenses Ratio yang paling rendah dan kos pengurusan dana pelaburan.
Setiap dana "mungkin" diberi UNIT SPLIT..contohnya, dia akan cakap, 4:1, bermaksud, setiap 4 unit yg kita ada dia akan anugerahkan 1 unit PERCUMA. SO bermakna, kalau kita ada 1,000 unit, dia akan kasi 250 unit PERCUMA...jadi jumlah yang kita ada adalah 1,250 unit
5. Switching
Switching ni lebih kepada menyelamatkan duit pelaburan kita apabila market down. Contohnya, apabila market atau keadaan ekonomi semasa mengalami krisis, ramai para pelabur akan mengeluarkan wang pelaburan mereka. Maka, dana yang berisiko tinggi yang berada dalam kategori Equity yang mana dana tersebut juga terlibat dengan pasaran saham di BSKL secara tidak langsung juga akan turut terkesan. Oleh itu, bagi langkah selamat dan bagi memastikan pulangan pelaburan kita juga tidak terkesan, para agen yang prihatin akan menasihatkan atau para pelabur sendiri disarankan untuk menyelamatkan wang pelaburan mereka dengan memindahkan wang tersebut dengan kaedah fund switching dari dana yang berisiko tinggi seperti Equiti kepada dana yang berisiko paling rendah seperti money market. So, dengan cara itu, duit anda akan lebih selamat disamping menjana keuntungan dengan risiko yang rendah.
Kaedah ini adalah yang paling efisyen dan boleh menjana lebih tinggi pulangan pelaburan untuk mencapai matlamat kewangan yang dinginkan dalam tempoh jangka masa panjang. Contohnya, Ali mempunyai wang tunai sebanyak RM 10,000, Ali melaburkan separuh dari nilai tersebut iaitu sebanyak RM5,000 pada permulaan pelaburan, bulan-bulan berikutnya pula Ali menambah wang pelaburan tersebut sebanyak RM500 melalui Direct Debit Instruction dari akaun bank iaitu dengan mengisi borang arahan untuk potongan akaun secara berkala setiap bulan dari akaun bank anda, dengan cara ini, anda akan mengamalkan konsep Ringgit Cost Averaging (RCA) bagi mengurangkan kos belian unit dana dalam tempoh masa pelaburan yang panjang. Atau nak lagi jimat dan selamat, tambahlah sendiri wang pelaburan anda pada harga pasaran murah sahaja.
7. Elakkan New Fund
Bagi yang baru menceburkan diri dalam bidang pelaburan ini, saya nasihatkan anda untuk berhati-hati didalam pemilihan dana pelaburan didalam Skim Unit Amanah ini. Tidak semua dana perform dengan baik. Walaupun kita tidak tahu pencapaian pulangan pelaburan yang boleh diberikan kepada kita bagi sesuatu dana tersebut, anda boleh gunakan prestasi dana yang telah lama dalam pasaran dengan melihat trend prestasi pencapaian dana tersebut sepanjang ia dilancarkan. Kita juga boleh lihat konsistensi pulangan pelaburan yang disumbangkan oleh dana tersebut setiap tahun sebagai indikator pemilihan dana pelaburan tersebut. Jika dana tersebut baru sahaja dilancarkan, risiko untuk dana tersebut mengalami kerugian agak tinggi kerana dana tersebut memerlukan kos pengurusan yang tinggi untuk cover duit pelabur yang mula-mula membuat pelaburan dalam dana tersebut.
No comments:
Post a Comment