Apa itu Unit Amanah?
Unit Amanah adalah satu dana yang diurus oleh seorang Pengurus Dana dengan cara memilih saham-saham tertentu yang disenaraikan dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) atau listed di stock market di luar negara seperti China dan Hong Kong. Saham-saham tersebut dibeli oleh FUnd Manager dalam peratusan tertentu utk setiap counter saham.

Sebagai contoh, untuk memudahkan pemahaman, saya ubahsuai sedikit peruntukan peratusan utk satu dana yang dirahsiakan:
Dana XXX mengandungi saham-saham seperti Tenaga: 19%, Top Glove: 9%, TM: 11%, Celcom 3%, Sime: 6%, dan Lain-lain: 52%
Ini bermakna, turun naik Dana XXX bergantung kepada turun naiknya saham-saham di atas. Memandangkan saham-saham di atas melibatkan industri yang berbeza-beza, kadar turun dan naik Dana XXX adalah rendah dan stabil dan tidak berubah terlalu mendadak.
Unit Amanah ada yang dikategorikan sebagai risiko rendah, sederhana, tinggi dan ada juga yang risikonya sangat tinggi. dalam konsep pelaburan, lagi tinggi risiko sesuatu pelaburan tersebut, lagi tinggilah pulangan atas sesuatu pelaburan itu. Dana yang berisiko tinggi selalunya melibatkan dana yang dilaburkan ke dalam kaunter-kaunter saham yang bernilai murah kerana saham-saham murah ini kebiasaannya adalah saham-saham syarikat kecil yang berharga murah, di mana harganya yang murah menarik minat pelabur-pelabur kecil untuk membeli saham syarikat tersebut.
Contohnya kita sendiri yang lebih gemar membeli barangan yang berharga murah berbanding barangan yang berharga mahal. Begitu juga saham. Kalau saham harga murah, lebih ramai pelabur berminat untuk membeli. Apabila ramai orang membeli saham-saham murah, maka kenaikkannya lebih cepat dalam bentuk percentage. Contohnya, jika saham-saham mahal seperti Tenaga yang harganya dalam lingkungan RM8, walaupun kenaikannya tinggi RM0.35, tetapi dari segi percentage, ia hanya lah 4.38% sahaja.
Tetapi, jika kita ambil contoh saham Hubline, yang berharga RM0.33, jika harganya naik RM0.10 sahaja, sudah berapa percent? 30.3%. Memang jauh bezanya jika ingin dibandingkan dengan saham yang bernilai tinggi.
Tetapi perlu diingat, selari dengan kenaikannya yang cepat, penurunan harganya juga cepat, jika berlaku tekanan jualan oleh pelabur. Jadi atas sebab itulah, saham-saham murah ni, agak agressive, di mana ia mampu menjanjikan pulangan yang tinggi di samping risiko yang tinggi juga harus ditanggung oleh seseorang pelabur tersebut.
Bagaimanakah cara memulakan pelaburan dalam Unit Trust?
Bergantung kepada Unit Trust mana yang kita ambik, jumlah minimum pelaburan mungkin berbeza. Mungkin ada yang mensyaratkan minimum permulaan pelaburan sebanyak 1,000 unit.

Apakah maksud 1,000 unit? Maksudnya, anda kena beli minimum 1,000 unit saham dana A. Katakanlah dana A berharga RM0.30, maka, anda kena peruntukkan 1,000 x RM0.30 = RM300 utk memulakan pelaburan.
Anda boleh guna CASH MONEY dengan berjumpa mana-mana konsultan unit amanah yang dilantik oleh syarikat pengurus dana seperti saya atau anda boleh membuat pelaburan melalui SKIM KWSP iaitu dengan pengeluaran 30% dari simpanan asas Akaun 1 wang caruman KWSP anda bagi tujuan pelaburan. Namun begitu, kelayakannya adalah berdasarkan baki simpanan asas yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP seperti jadual pada gambarajah sebelah. Anda juga boleh rujuk disini untuk maklumat lanjut. Anda juga boleh rujuk disini untuk lain-lain pertanyaan atau soalan lazim bagi Skim Pelaburan KWSP ini. Proses nya akan diterangkan oleh konsultan unit trust anda berkaitan dokumen-dokumen yang perlu diisi dan dilampirkan.

Bagaimana Menjana Keuntungan dari Pelaburan Unit Trust ni ?
Baiklah, mari saya terangkan
PERTAMA - CAPITAL APPRECIATION (KENAIKAN HARGA DANA)
Keuntungan dijana dari segi harga sesuatu dana pelaburan kita itu. Contohnya, harga masa kita beli dana pelaburan tersebut adalah pada harga RM0.30. Setiap hari, Bursa Saham Kuala Lumpur akan dibuka, dan berlaku belian saham-saham yang tersenarai dalam dana. Jikalau saham-saham BSKL naik, dan diambil kira percentage semua, maka kenaikan harga dana pun berlaku.

Mungkin, harini harga RM0.30, esok dia naik jadi RM0.3024. Lusa naik RM0.3072, tulat turun pulak RM0.3035, lepas tu naik balik RM0.3078. Jadi, dari kenaikan harga itulah nilai duit anda naik. Andaikata ia naik RM0.3078. Berapakah nilai duit anda?
RM0.3078 x 1,000 = RM307.80, untung tak? itu baru dalam tempoh seminggu (itu contoh aja, tetapi contoh yang saya beri itu adalah contoh kenaikan yang logik)...
KAEDAH KEDUA - DISTRIBUTION
Setiap dana akan diberi dividen setiap tahun dengan cara DISTRIBUTION. Misalnya, dia akan umumkan, setiap 1 unit, akan dianugerahkan distribution RM0.02. So, kiralah sendiri: RM0.02 x 1,000 unit = RM20, ok jugakkan? RM307.80 + RM20 = RM328.40 ...maknanya anda sudah mendapat RM28.40 keuntungan dari jumlah pelaburan permulaan sebanyak RM300, dari situ anda dah dapat untung dalam lingkungan 9%.

KAEDAH KETIGA - UNIT SPLIT
setiap dana "mungkin" diberi UNIT SPLIT, contohnya, dia akan cakap, 4:1, bermaksud, setiap 4 unit yg kita ada dia akan anugerahkan 1 unit PERCUMA. Ini bermakna, kalau kita ada 1,000 unit, dia akan kasi 250 unit PERCUMA, jadi jumlah yang kita ada adalah 1,250 unit.

Jadi, jika kita jumlahkan kesemuanya dah berapa tu?? Untung tak? Mungkin untung, tapi, itu kalau market ok, kalau market menjunam macam tahun lepas, ada kemungkinan harga satu unit pon menjunam drpd RM0.30 kepada RM0.24 misalnya. jadi dalam hal itu, value duit kita rugi.
KAEDAH KEEMPAT - RINGGIT COST AVERAGING (RCA)
So yang terbaik adalah jika kita mula melabur masa harga tengah rendah, masa sekarang harga agak rendah, tapi tak serendah ujung tahun lepas. Oleh demikian kita bole masuk sedikit demi sedikit, contohnya, sebulan sekali kita masuk.
contohnya, setiap bulan kita masuk lebih kurang RM200. kalau harga rendah, bermakna dengan RM200, kita dapat beli lebih unit, kalau harga tengah tingi kite masuk juga RM200, bermaksud kita beli sedikit sahaja unit, dalam pelaburan unit amanah, kaedah ini dipanggil RINGGIT COST AVERAGING (RCA).
Saya rasa dengan cara penerangan ini anda lebih faham bagaimana Pelaburan Skim Unit Trust ni boleh menjana pasif income yang lebih dari pelaburan lain.
Jika ingin lebih maklumat lanjut berkaitan dana mana yang terbaik, anda boleh hubungi saya bagi sesi konsultansi disekitar Kuala Lumpur. Hubungi saya di talian 0133088753.

No comments:
Post a Comment