Mungkin 90% antara kita yang tak mahu melabur disebabkan takut rugi, sedangkan rugi adalah proses biasa yang harus dilalui oleh setiap pelabur. Contohnya, kalau korang nak invest duit simpanan korang sebanyak RM10k dengan set up perniagaan sendiri, dekat situ korang dah rugi RM10k kalau bisness korang tak jalan.
Contoh lain pula jika korang invest dalam pelaburan hartanah, sudah tentu 10% duit muka rumah korang dah burn.
Nak contoh lain lagi, kalau korang invest dalam mencari Ilmu, korang tetap perlu mengeluarkan modal untuk attend kelas, training, bahan bacaan, dan bermacam-macam bahan lagi untuk ilmu tersebut diperolehi. Modal tersebut akan jadi tidak bernilai jika ilmu tersebut tidak dimanfaatkan.
So, jangan terlalu takutkan pada kerugian, kerana rugi sekali tidak bermaksud gagal selamanya. Carilah ilmu dan pengalaman kerana ilmu dan pengalamanlah faktor paling berharga dan terbaik didalam didalam bidang pelaburan.
Jika korang tidak bermula sekarang, korang tetap akan rugi juga disebabkan faktor inflasi yang memakan nilai duit korang. Bayangkan kalau sekarang ni korang boleh beli barang dapur dengan modal RM300, 5 tahun akan datang berapa pula yang korang perlukan kalau kadar inflasi negara kita sekarng pada kadar 4% setiap tahun. Lu fikirlah sendiri. Ni sekadar nasihat, pukan nak push korang melabur.
Ok, apa 5 Cara Mudah Untuk Melabur Dengan Selamat tu.
1. Mulakan portfolio pelaburan korang dengan jumlah modal yang kecil.
Jumlah modal yang kecil ni tidak semestinya RM100 or RM1000, bila pulak korang nak capai objektif pelaburan korang tu. Ianya juga tidak akan menyebabkan korang jatuh miskinpun kalau pelaburan korang rugi 100%. Contohnya, kalau korang ada duit simpanan RM100k, just gunakan 10% @ RM10k sahaja untuk tujuan investment.
Contoh investment yang sesuai dengan modal RM10k ni seperti berikut:
Buat duit deposit untuk beli rumah apartment kos rendah dengan harga bawah RM100k.
Invest dalam Skim Pelaburan Unit Amanah yang mempunyai risiko pelaburan yang moderate dengan cara diversify portfolio kita kepada beberapa kategori Dana.
Beli 3 saham di Bursa Malaysia yang bernilai 3k setiap satu syarikat.
2. Cari individu atau mentor yang lebih berpengalaman dalam dunia pelaburan.
Orang berpengalaman ni sebenarnya ada dikalangan korang sendiri, contohnye mak ayah, rakan-rakan, saudara mara, rakan sekerja, mentor-mentor pelaburan. Diorang ni semua kalau korang tak tanya diorang tak kan kongsi. Korang juga boleh try tanya dekat perunding produk-produk pelaburan kewangan untuk mendapatkan ilmu dari produk yang ditawarkan tersebut.
3. Cari Ilmu Pelaburan sebelum mulakan sesuatu pelaburan.
Mane pulak nak dapatkan ilmu pelaburan ni? Sebenarnya konsepnya lebihkurang sama shja dengan konsep pelaburan no2 atas tu, bezanya, carilah ilmu dari sumber-sumber yang lebih baik seperti hadiri seminar-seminar pelaburan yang diiktiraf dan boleh dipercayai, beli buku-buku pelaburan seperti pelaburan saham, hartanah, unit amanah, pelaburan emas dan macam-macam lagi. Dari ilmu itu anda tahu bagaimana duit anda dilaburkan dan bagaimana keuntungan dapat dijana dari pelaburan tersebut.
4. Sentiasa buat Analysis Risk & Return
Buat perbandingan antara risiko dan keuntungan yang dapat dijana dari modal pelaburan anda dengan instrumen pelaburan lain. Contohnya ASB dan TH mampu memberi pulangan dari pelaburan sebanyak 5% ke 8% setiap tahun dengan risiko yang rendah. Jika matlamat pelaburan kita ingin menjana keuntungan dari modal yang dilaburkan dalam jangka masa panajng dengan risiko yang rendah, Pelaburan Unit Amanah juga adalah antara cadangan pelaburan yang terbaik kerana ia mempunyai potensi pulangan pelaburan yang lebih tinggi dari ASB dan TH secara purata 8% ke 12% setahun.
5. Jangan tertipu dengan janji palsu
Ramai antara kita tertipu dengan si penipu agen pelaburan dengan mengaburai mata kite dengan janji-janji palsu yang mana skim pelaburan yang ditawarkan mampu memberi pulangan pelaburan setiap bulan, setiap minggu malah setiap hari. Ada juga yang memberi harapan bahawa pelabur akan pasti tidak akan rugi malahan dapat keuntungan sehingga 40 ke 100% setahun. Ada juga yang mendesak pelabur bahawa mereka akan terlepas peluang untuk menjana keuntungan jika tidak melabur sekarang disebabkan kuota hampir penuh dan tempoh pelaburan akan tamat dalam masa yang singkat. Itu semua penipuan yang nyata kerana setiap pelaburan ada risikonya. Lagi tinggi risiko, maka lagi tinggilah pulangan pelaburannya.
Diharapkan korang dapat sedikit input dari 5 cara mudah untuk anda melabur dengan selamat agar bagi mengelakkan anda rugi besar ni.