Friday, March 24, 2017

Struktur Unit Amanah

Struktur Unit Amanah terbahagi kepada beberapa komponen utama seperti yang dipaparkan didalam gambar rajah dibawah.






Fungsi Skim Unit Amanah

Pelabur
- Membuat pelaburan melalui Duit Simpanan, KWSP, Potongan Akaun Setiap Bulan, serta       bertanggungjawab diatas setiap bayaran yang dikenakan didalam setiap pelaburan.
- Pelabur juga akan mendapat pulangan pelaburan dari hasil pelaburannya tersebut.

Syarikat Pengurusan Unit Amanah
- Melaporkan kepada Pemegang Amanah berkenaan sesuatu Pelaburan Skim Unit Amanah
- Mempromosikan dan menyebarkan maklumat berkaitan Skim Unit Amanah
- Memberi perkhidmatan perundingan kepada Pelabur
- Mengagihkan pendapatan serta membuat kiraan harga seunit sesuatu dana
- Menyediakan perkhidmatan pembelian semula
- Memberi perkhidmatan informasi kepada Pelabur

Pemegang Amanah
- Menjaga aset Skim Unit Amanah pelabur
- Memastikan dana yang dilaburkan mengikut kehendak dan objektif pelabur
- Memantau operasi pelaburan
- Mengesahkan dan memantau kesemua transaksi kewangan
- Memungut semua pendapatan/dividen

Wednesday, March 22, 2017

Apakah itu Unit Amanah ???

Skim Unit Amanah merupakan suatu bentuk pelaburan kolektif yang membenarkan pelabur-pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama untuk mengumpulkan wang pelaburan mereka yang mana kemudianya dilaburkan oleh seorang Pengurus Dana Pelaburan yang berkepakaran dan berpengalaman ke dalam mana-mana Dana Patuh Syariah.

Secara bahasa mudahnya, syarikat pengurus dana yang mengeluarkan produk kewangan ini akan mngumpulkan duit para pelabur dan melaburkan duit tersebut bagi pihak pelabur melalui ikatan amanah atau borang pelaburan.

Secara majoritinya, dana unit amanah ni di laburkan dalam tiga instrumen kewangan yang utama iaitu Saham/Share (Ekuiti), Bond/Sukuk, dan Money Market. Ada antara dana pelaburan yang fokus utamanya adalah kepada pelaburan saham sahaja, ada yang antara dana tersebut memfokuskan kepada pelaburan bon/sukuk sahaja, dan ada juga fokus utamanya dalam pelaburan dana berbentuk money market sahaja. Ada juga dana tersebut yang dilaburkan secara campuran iaitu saham separuh dan bon/sukuk separuh bagi mengurangkan risiko pelaburan tersebut.

Pelaburan unit amanah ini kebiasaanya dilakukan dalam tempoh jangka masa sederhana atau jangka masa panjang iaitu pada tempoh 5 tahun keatas. Ia baik bagi mereka yang mempunyai matlamat kewangan atau pelaburang jangka masa panjang. Antara contoh matlamat kewangan atau pelaburan jangka masa panjang adalah simpanan pelaburan untuk duit muka bagi pembelian rumah idaman, simpanan pelaburan untuk masa hadapan pengajian anak-anak diperingkat universiti, simpanan pelaburan untuk persaraan bagi kehidupan masa tua nanti, simpanan pelaburan bagi mengerjakan haji dan umrah, dan sebagainya.

Keuntungan pelaburan unit amanah ditentukan oleh tiga kategori utama iaitu yang pertamanya, pelabur akan mendapat keuntungan apabila saham yang fund manager beli tersebut ada bagi dividen, maka kita pun akan dapat dividen tersebut melalui distribution yang diisytiharkan oleh dana tersebut. Situasi kedua pula adalah pelabur akan mendapat untuk apabila saham yang fund manager beli tersebut dijual dengan harga semasa yang lebih tinggi dari harga yang dibeli, maka, hasil keuntungan melalui jualan tersebut disalurkan kepada pelabur melalui distribution oleh syarikat pengurus unit amanah. Keuntungan akhir sekali akan diperolehi apabila kita sendiri yang menjual saham unit amanah yang kita pegang tersebut pada harga yang lebih tinggi dari harga mula-mula kita beli, ni kita panggil capital appreciation, Contohnya macam pelaburan hartanah, Ali beli rumah pada harga RM100k pada tahun 2010, dan Ali dapat menjual semula rumah tersebut kepada Abu pada harga RM150k pada tahun 2015, jadi Ali mendapat 50% keuntungan hasil dari jualan rumah tersebut . Tapi kekurangan pelaburan hartanah ni adalah agak sukar sedikit untuk kita mencari pembeli dengan harga pasaran bagi rumah tersebut dan lokasi rumah tersebut. Maksudnya, kadar kecairan aset kita tu tinggi jika nak dibandingkan dengan kadar kecairan saham unit amanah kita yang boleh dijual pada bila-bila masa sahaja.

Walaubagaimanapun, pelaburan saham unit amanah ini tetap ada risikonya seperti pelan pelaburan lain mengikut kategori setiap pelaburan kita. Risiko yang wujud didalam pelaburan unit amanah ini dibahagikan mengikut kategori dana bagi duit yang kita laburkan seperti yang telah diterangkan di perenggan sebelum ini. Risiko paling tinggi adalah pelaburan dalam kategori dana ekuiti, namun begitu pulangan pelaburan juga adalah tinggi berbanding dengan kategori dana lain. Risiko yang sederhana pula adalah dibawah dana Sukuk/Bond dan risiko paling rendah sekali adalah dibawah dana Money Market yang antara contohnya adalah aktiviti kewangan di bank yang mempunyai risiko paling rendah.

Namun begitu, tahap-tahap risiko tersebut boleh dikurangkan dengan menggunakan konsep Ringgit Cost Averaging (RCA) bagi meminimumkan kos pembelian unit amanah dengan cara membuat penambahan pelaburan secara konsisten bagi mengurangkan kos belian bagi setiap satu unit amanah yang dipegang oleh pelabur tersebut. Analoginya secara asas adalah seperti urusniaga pembelian pen, Ali membeli pen pada harga RM0.7/unit pada bulan Januari, bulan februari pula Ali dapat membeli pen pada harga RM0.90/unit. Bulan Mac pula, Ali membeli pen yang sama lagi sekali pada harga RM1.00/unit, dan akhir sekali Ali dapat membeli pen yang sama pada harga RM1.10/unit. Maka, kos yang Ali perlukan secara puratany bagi membeli tiga batang pen tersebut adalah sebanyak RM(0.7+0.80+1.00+1.10)/3= RM0.9/unit berbanding dengan jika Ali membeli keempa-empat pen tersebut pada bulan April dengan harga RM1.10 seunit. Maka, risiko turun dan naik harga sesuatu dana tersebut dapat dikurangkan dengan membuat pelaburan secara konsisten setiap bulan.

Oleh itu, jika anda yang teringin nak buat investment tapi takde ilmu dan kepakaran didalam dunia pelaburan ni bolehlah mula melabur dalam Skim Unit Amanah ni dengan mendapatkan khidmat rundingan dari Perunding Unit Amanah profesional yang dilantik sah oleh syarik pengurus dana unit amanah anda.

Anda juga boleh hubungi saya di talian 0133088753 bagi khidmat rundingan pelaburan didalam Skim Unit Amanah ini.


5 Cara Mudah Untuk Melabur Dengan Selamat

Mengapa kita takut melabur? Mungkin 90% antara kita yang tak mahu melabur disebabkan takut rugi, sedangkan rugi adalah proses biasa yang h...