Monday, May 22, 2017

Kenapa Anda Perlu Melabur Sekarang?


Mesti anda ingin tahu dan tertanya-tanya apakah faktor utama wujudnya persoalan diatas. Antara salah satu sebab utama kenapa duit simpanan kita perlu dilaburkan segera didalam instrumen atau produk kewangan tertentu sepertu pelaburan unit amanah adalah disebabkan oleh kadar inflasi negara kita yang sering meningkat setiap tahun yang didorong oleh pelbagai faktor ekonomi yang antaranya peningkatan kos sara hidup yang tinggi saban tahun. Walau tanpa pemerhatian atau analisa yang teliti pun kita sudah dapat melihat perbezaan kos-kos sesetengah barang yang sentiasa meningkat secara mendadak setiap tahun diikuti dengan sedikit sahaja kenaikan gaji kita setiap tahun. Antara contohnya seperti gambar rajah diatas yang menunjukkan perbezaan atau peningkatan harga kereta dan rumah sehingga enam ke tujuh kali ganda sejak tahun 1973 hinggan tahun 2015. Ini menunjukkan kuasa membeli kita semakin berkurangan dari tahun ke tahun. Jika dulu kita boleh mendapatkan barang keperluan dapur dengan bermodalkan wang sebanyak RM50 sehingga penuh 1 troli di sesebuah pasaraya, tetapi kini dengan berbekalkan wang kertas RM50, kita hanya mampu beli beberapa keperluan dapur utama sahaja.

Inflasi ini merupakan sesuatu bahana ekonomi yang tidak kelihatan, akan tetapi ia sangat merbahaya kerana ia secara senyap memakan nilai wang kita secara perlahan-lahan. Contohnya, nilai RM100k pada tahun 2017 ini tidak sama dengan nilai RM100k pada tahun 2018, ini kerana jika kadar inflasi negara kita pada tahun 2017 adalah sebanyak 3%, maka nilai wang tersebut pada tahun 2018 yang sebenarnya hanyalah RM97,000 sahaja.

Oleh itu, janganlah kita terus berlengah-lengah lagi, pelbagai instrumen perlaburan yang boleh anda ceburi seperti pelaburan Emas, Hartanah, Saham, Unit Amanah dan sebagainya. Setiap satu jenis instrumen perlaburan tersebut ada risikonya. Konsep perlaburan menurut Islam seperti yang telah diperbincangkan oleh para cendiakawan Fiqh adalah tiada jaminan yang diberikan keatas sesuatu perlaburan, boleh rujuk disini. Konsep sesuatu perlaburan pada asasnya adalah semakin tinggi risiko sesuatu instrumen perlaburan itu, maka semakin tinggilah pulangan perlaburan tersebut.

Jadi, keputusan ditangan anda untuk menentukan intrumen pelaburan mana yang terbaik. Jika anda berminat untuk membuat pelaburan saham unit amanah, saya boleh bantu anda untuk memilih dana yang terbaik untuk perancangan dan matlamat kewangan anda.

No comments:

Post a Comment

5 Cara Mudah Untuk Melabur Dengan Selamat

Mengapa kita takut melabur? Mungkin 90% antara kita yang tak mahu melabur disebabkan takut rugi, sedangkan rugi adalah proses biasa yang h...