Tuesday, May 23, 2017

Cara Membuat Pelaburan Unit Amanah

Terdapat dua cara untuk membuat pelaburan unit amanah pertama anda. Cara pertama adalah melalui pelaburan secara tunai dan kedua adalah melalui pengeluaran simpanan ahli KWSP.

Pelaburan Unit amanah Melalui pelaburan secara tunai

Bagi pelaburan tunai, jumlah minimum yang diperlukan untuk membuka akaun pelaburan adalah sebanyak RM1000 bagi setiap jenis dana pelaburan. Pembayaran pula adalah melalui bank yang biasanya menyediakan kaunter khas untuk operasi Unit Amanahnya. Jumlah pelaburan bagi setiap dana pula adalah tidak terhad. Setelah mempunyai akaun, anda boleh meneruskannya dengan membuat simpanan melalui potongan akaun bank secara bulanan. Minimum bagi potongan untuk simpanan pelaburan secara bulanan pula adalah sebanya RM100 sahaja.

Pelaburan Unit Amanah melalui pengeluaran simpanan ahli KWSP:

Bagaiman pula cara bagi Skim Pelaburan melalui pengeluaran Simpanan Ahli KWSP

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan sebahagian simpanan Akaun 1 KWSP untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan pulangan pelaburan anda untuk  untuk menyara kehidupan semasa persaraan. Ahli boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 30% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan. Semua pelaburan yang dibuat hendaklah melalui IPD yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan. Untuk mendapatkan senarai IPD yang diluluskan.

Sejarah Kewujudan Skim Pelaburan Ahli KWSP
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperkenalkan Skim Pelaburan Ahli pada bulan November 1996 sebagai respon terhadap saranan supaya ahli diberi pilihan untuk melaburkan simpanan mereka. Laporan akhbar menyatakan sebilangan besar ahli yang bersara telah menghabiskan simpanan mereka untuk kehidupan selepas bersara dalam masa 3 tahun sahaja.Dengan adanya skim pelaburan ahli ini, ahli dapat menambah simpanan persaraan mereka sebagai tambahan kepada dividen yang diberikan oleh KWSP. Ahli yang berkelayakan diberikan pilihan untuk membuat pelaburan dalam dana amanah atau syarikat pengurusan aset yang telah dilantik oleh Panel Pelaburan KWSP

Pengeluaran ini membenarkan ahli KWSP yang mempunyai simpanan melebihi 30% dari jumlah Simpanan Asas di dalam Akaun 1 melaburkan sebahagian daripada jumlah simpanan tersebut melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

Definasi Simpanan asas.
Simpanan Asas ialah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan sekurang-kurangnya RM120,000 pada umur 55 tahun.

Syarat-syarat yang perlu dipatuhi:
i . Mulai 1 Februari 2008, ahli boleh melaburkan simpanan di bawah skim pegeluaran pelaburan ahli tidak melebihi 30% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1.
ii . Pengeluaran untuk pelaburan ini boleh dibuat setiap 3 bulan sekali dan jumlah minimum pelaburan ialah RM1,000.00.

Syarat-syarat am prosedur di bawah Pengeluaran Pelaburan Ahli yang lain masih kekal dan tidak berubah.

Contoh Pengiraan

ASAS (RM) PENGIRAAN: (SIMPANAN AKAUN 1 – SIMPANAN ASAS) X 30%

KELAYAKAN

AHLI A: 22 thn RM6,000 – RM8,000 x 30%
AHLI TIDAK LAYAK MEMOHON. SIMPANAN DI AKAUN 1 KURANG DARIPADA SIMPANAN ASAS

AHLI B: 22 thn (RM10,000 – RM8,000) x 30% = RM600
AHLI TIDAK LAYAK MEMOHON. AMAUN KELAYAKAN MINIMUM KURANG RM1,000

AHLI C: 25 thn (RM30,000 – RM14,000) x 30% = RM4,800
AHLI LAYAK MEMOHON. AMAUN KELAYAKAN MINIMUM RM1,000 DAN MAKSIMUM RM4,800

AHLI D: 40 thn (RM60,000 – RM78,000) x 30%
AHLI TIDAK LAYAK MEMOHON. SIMPANAN DI AKAUN 1 KURANG DARIPADA SIMPANAN ASAS

AHLI E: 45 thn (RM150,000 – RM116,000) x 30% = RM10,200;
AHLI LAYAK MEMOHON. AMAUN KELAYAKAN MINUMUM RM1,000 DAN MAKSIMUM RM10,200

Maklumat tambahan untuk Pelaburan melalui KWSP.
i) Borang Permohonan KWSP 9N (AHL) . Sila klik pautan berikut untuk muat turun borang. Borang ini juga boleh diperolehi daripada IPD yang diluluskan atau agen sah yang dilantik IPD.
ii) Kad Pengenalan Awam/ Kad Pengenalan Malaysia (Mykad)/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Permastautin Tetap (MyPR);
ATAU
Kad Pengenalan Polis DAN Surat Pengesahan Majikan menyatakan no.Polis dan no. Kad Pengenalan Awam merujuk kepada orang yang sama;
ATAU
Pasport. Jika ahli bukan warganegara Malaysia yang menjadi ahli KWSP sebelum Ogos 1998.

(ANDA DINASIHATKAN MENYEMAK BAKI SIMPANAN AKAUN 1 DAN KELAYAKAN PELABURAN TERLEBIH DAHULU).

Kaedah Bayaran 
KWSP akan memindahkan amaun pelaburan yang dipohon daripada simpanan anda secara terus kepada IPD berkenaan dalam tempoh 21 hari daripada tarikh permohonan diterima.

Cara Permohonan Dihantar

• Permohonan perlu dihantar melalui mana-mana IPD yang dipilih dengan mengemukakan dokumen yang ditetapkan.
• Pihak IPD akan mengemukakan permohonan anda kepada KWSP untuk diproses.
• Anda dinasihatkan untuk melengkapkan satu borang permohonan sahaja bagi setiap pengeluaran yang dibuat. Pemindahan amaun pelaburan ini adalah tanggungjawab anda dan pembatalan pengeluaran selepas kelulusan diberikan adalah tidak dibenarkan.


Untuk pelaburan Unit Amanah melalui wang simpanan ahli KWSP,
sila hubungi saya: 013-3088753



No comments:

Post a Comment

5 Cara Mudah Untuk Melabur Dengan Selamat

Mengapa kita takut melabur? Mungkin 90% antara kita yang tak mahu melabur disebabkan takut rugi, sedangkan rugi adalah proses biasa yang h...